Tuesday, September 28, 2021

LARI PECUT

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos’  berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.

Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa  yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat  untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.


TEKNIK LARI PECUT 


Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.


A) Gaya berdiri               

i. Persediaan 

  • peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.             

ii. Ke garisan 

  • Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. 
  • bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. 
  • condongkan badan ke hadapan. 
  • kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.


iii.    Sedia 

Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
Bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah. 
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.




iv.    Mula 

Pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.





 PERATURAN DALAM LARI PECUT 


Peraturan / undang-undang lari pecut :

  1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari. 
  2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. 
  3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki. 
  4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah. 
  5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal. 
  6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus. 
  7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir. 
  8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang. 


PRINSIP-PRINSIP ASAS LARIAN PECUT

Prinsip-prinsip asas larian pecut adalah seperti berikut :- 

a)  Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki 
b)  Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut 
c)  Tangan digerakkan dengan pantas 
d)  Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan) 



PANJANG LANGKAH

Panjang langkah seorang pelari ditentukan oleh beberapa faktor: 
        
1) Panjang kaki pelari             
2) Kefleksibelan pinggul             
3) Kekuatan dan keanjalan otot 
4) Julat pergerakkan



VIDEO TEKNIK PERMULAAN LARIAN



No comments:

Post a Comment