Sejarah
Peraturan
Teknik memegang peluru
Teknik membuat lontaran peluru
AKTIVITI 1
NOTA
Sila salin nota di bawah, iaitu :
A) Teknik Lontar Peluru
B) Sektor Lontar Peluru
A) TEKNIK LONTAR PELURU (Salin dalam buku nota)
1. Teknik berdiri
Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :
i. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
ii. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
iii. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
iv. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan.
2. Teknik Lontaran sisi
i. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
ii. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
iii. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
iv. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.
3. Teknik membelakangi kawasan lontaran
Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
i. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
ii. Angkat kaki kiri sedikit.
iii. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
iv. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
v. Tolak peluru keluar sekuat mungkin
4. Teknik Pemindahan (0’Brien)
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut:
1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.
B) SEKTOR LONTAR PELURU (Salin dalam buku nota)
Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.
Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000.
Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.
Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor.
Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.
Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.
Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
AKTIVITI 2
PETA BUIH
Sila baca teks di bawah.
Kemudian sila buat PETA BUIH tentang kesahalah yang biasa berlaku semasa lontar peluru.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU
1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul.
Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul.
Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan.
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan.
Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran.
Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul.
Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah “over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik.
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik.
Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450°.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450°.
Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.
No comments:
Post a Comment